Pages

Mar 26, 2009

Cara-cara Memindahkan gambar dari Telefon Bimbit ke Komputer Guna Bluetooth

Hari ini nak cerita sket. Benornye... dalam dunia yang semakin canggih ni pun kekadang dan selalu kita tak terkejar kecanggihan teknologi yang ada. Maklumla... bajet.... Apapun... selagi ada yang murah dan boleh diguna... jadinya... guna sedaya boleh.... hehehe

Kalau kita ada laptop tersedia blutooth, telefon bimbit pun ada... tak jadi masalah la nak pindahkan gambar... kalau macam saya ni... yela.. bajet... telefon bimbit pun ada camera tapi takde kabel dan memori kad... laptop pun tak ade... tapi... dengan semangat nak pindahkan gambar sendiri tanpa pergi ke kedai... yela... kekadang kita cuma nak ambil gambarje bukan nak cetak pun... jadi guna cara kat bawah ni ye...

Cara-cara Memindahkan gambar dari Telefon Bimbit ke Komputer Guna Bluetooth:
  1. Pastikan anda telah membeli Blutooth USB Dongle.
  2. Sambungkan Blutooth USB Dongle tadi ke USB pada komputer anda.
  3. ON kan Blutooth pada Telefon Bimbit.
  4. Lihat sebelah kanan Taskbar terdapat tanda Blutooth.
  5. Klik kanan tetikus dan klik pada perintah Receive a File
  6. Lihat Telefon Bimbit anda, Pilih gambar yang hendak dipindahkan
  7. Pergi ke Option dan Select -> send
  8. Pilih Via Bluetooth
  9. Tunggu Telefon Bimbit Search Device
  10. Bila Telefon Bimbit dapat detect -> Device Found nama komputer,
  11. Klik nama komputer tadi.
  12. Select Ok pada Telefon Bimbit.
  13. Lihat pada komputer pulak.
  14. Klik Save pada tetingkat Receive File tadi, Pilih folder, Next, Finish.

Selamat Mencuba.. tak yah gi kedai.. klu setakat nak masukkan kat komputer ke, blog ke... kan senang... hehehe

2 comments:

Komentar, pendapat dan pandangan anda dialu-alukan bagi setiap isu yang dipaparkan di blog ini... terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...