Resipi : Bubur Lambuk
Penyediaan: 200 orang
Masa penyediaan: 3 jam
Bahan:
3 kg Beras - di bersih berasingan
20 lit Air
10 cawan Minyak Masak
8 kg Daging - di kisar ( Minced Meat )
2 kg Sayur campur dingin beku ( Frozen mixe vegetables )
2 cawan Bawang Putih - di kisar
6 cawan Bawang Merah - di kisar
1 cawan Halia- di kisar
3 btg Serai - di kisar
3 cawan Buah keras - di rendam dan di kisar
3 helai Daun Pandan
1 cawan Daun Kari
2 sudu makan Buah Pelaga
2 sudu makan Kulit Kayu Manis
2 sudu makan Bunga Lawang
1 sudu Makan Bunga Cengkih
1 cawan Serbuk Jintan Manis
1 cawan Serbuk Jintan Putih
1 cawan Serbuk Lada hitam
2 cawan Serbuk rempah sup/ kormah
5 lit Santan Pekat
8 kuib serbuk pati daging
2 cawan Garam/secukup rasa
1 cawan Gula
3 biji Air Limau nipis
Hiasan: Bawang Goreng dan Daun bawang di hiris
Cara:
1. Bancuh serbuk jintan manis, jintan putih,ketumbar,lada hitam,serbuk rempah dengan 8 cawan air ,kacau hingga sebati.
2. Panaskan minyak,tumis bawang putih, halia, bawang merah, serai, daun pandan, daun kari,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukan bancuh rempah dan kacau hingga pecah minyak.dan masukan air.
4. Masukan beras,serbuk pati tulang, kemudian kacau hingga mendidih dan biar renih hingga nasi menjadi bubur.
5. Masukan santan,buah keras,air limau dan biar renih selama 3o minit.
6. Akhir sekali masukan sayur-sayuran,garam dan gula secukup rasa.
Tip : Ada boleh tambah kerisik jika nak ubahkan rasanya.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMaaf datang menjengah... saya baru saja copy resipi bubur lambuk - Chef Sabri tu, maaf sekali lagi kerana tanpa izin. Minggu lepas ada kawan yg bertanyakan saya resipi tu dan minta tolong carikan dan hari ni terjumpa pulak di blog cik/puan.
Jutaan terima kasih dan teruskanlah berblog. Selamat menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya, moga berbahagia bersama keluarga tercinta.
banyaknye bahan2 dan ramuannya...:) hi selamat berkenalan dan selamat berpuasa..
ReplyDelete